Taman Perumahan Batu Kikir

Taman-taman perumahan yang terdapat di Batu Kikir antaranya ialah Rumah Rakyat Batu Kikir, Taman Anggerik (Desa Anggerik), Taman Mutiara, Taman Mawar, Taman Setia Budi, Taman Melati, Taman Marikh dan Taman Baiduri.Taman Baiduri yang berada di kawasan sekitar batu kikir ini mempunyai sejarah yang agak meluas.pada mulanya,kawasan ini dikenali sebagai kampung senari.Pendatang yang bekerja di sini sebagai penoreh getah dan mengangkut kelapa sawit,mengubah nama tersebut kepada kampung badur sempena nama ketua mereka sekitar tahun 80-an.Pada tahun 1998,pemaju yang memajukan dan membina rumah di kawasan inisini mengubah nama tersebut kepada taman baiduri.